Tokoh-tokoh Teknologi Pendidikan ^-^

Tokoh-tokoh Teknologi Pendidikan

1. Edward L. Thorndike (1874-1949)

download

 

  Menghasilkan sejumlah “Hukum Belajar”. Diantaranya Law of Effect. Menurut hukum itu belajar akan lebih berhasil jika        respon murid terhadap suatu stimulus segera disertai dengan rasa senang atau rasa puas disebut reiforcement. Reiforcement memperkuat hubungan stimulus dengan respon.

 

2. Sidney L. Pressey

lll

 

Menghasilkan program pendidikan yang terdiri dari serentetan tugas yang disebutnya software dan disamping itu ia juga menghasilkan teaching machine sebagai hardware, dengan menggunakan test objektif dengan lembar jawaban yang dapat diperiksa sendiri secara otomatis

 

 

 

3. Ivan Pavlon (1849-1936)

download (1)

 

  Menghasilkan percubaan dengan ajing untuk mempelajari proses belajar secara ilmiah dengan memberikan    stimulus. Misalnya anjing diberikan makanan sebagai stimulus pertama lalu anjing mengeluarkan air liur kerana ingin makan. Stimulus kedua anjing diberikan makan sekaligus diberikan tanda loceng, lalu ditiadakan kemudian diamati, hasil perilakunya bagaimana

 

 

 

4. B.F. Skinner

download (3)

 

 

Menghasilkan teori conditioning dengan menerapkan stimulus juga yang kemudian Skinner menghasilkan teori yang terkenal dengan sebutan Linear programming (programmed learning).

 

 

 

 

5. Norman C. Crowder

download (4)

Mengadakan variasi dalam pelajaran programa untuk memperhatikan perbedaan individual dengan mengembangkan branching program(program bercabang), ia mengembangkan teori lebih besar dan lebih luas daripada linear programming

Kemudian mucul persepsi menjadi dua pandangan yang bertentangan antar program linear Skinner dengan program bercabang Crowder.

 

 

Akan tetapi jika dipelajri sebenarnya tidak ada perbedaan dan semua program berprograma itu bersifat Linear, memang ada diantaranya yang bercabang.

Lalu muncul seorang yang bernama Gordon Pask, yang menggunakan komputer dalam mempelajari berprogram. Komputer lebih mampu untuk menyesuaikan program dengan kecepatan pelajar, baik yang cepat maupun yang lambat.

Kepentingan Teknologi Pendidikan :)

Apakah kepentingan teknologi pendidikan??

Terdapat banyak faedah dan kepentingan teknologi pendidikan. Antaranya ialah:

  • melancarkan proses P&P
  • Menjimatkan masa, tenaga dan kos
  • Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid
  • Memperkayakan pengalam murid
  • Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

Dengan adanya teknologi pendidikan, murid dapat melihat sesuatu perkara yang tidak pernah dilihatnya secara real 🙂 Mereka juga akan lebih faham tentang apa yang diajar oleh guru mereka dengan adanya bantuan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan:

i) Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri.

ii) Kedua, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer.

iii) Ketiga, maklumat dan pengetahuan yang menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.

Ini merupakan video yang saya ambil dari youtube untuk saya tunjukkan bahawa teknologi pendidikan sangat penting pada zaman sekarang.

Selamat menonton dan hayatilah 🙂

Ciri-ciri Teknologi ^-^

Apakah ciri-ciri teknologi yang sesuai??

  • Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep dan menerangkan isi kandungan pelajaran
  • Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat semua murid
  • Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid
  • bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

 Merumuskan tujuan dengan teliti dan spesifik dalam bentuk kelakuan yang dapat diamati, dan sebahagian dapat diukur keberhasilan tercapaiannya tujuan pendidikan
 Meneliti pengetahuan, keterampilan dan sikap yang telah dimiliki anak didik iaitu entry behavior.

images (3)

Prinsip Teknologi Pendidikan dan Proses P&P

Apakah prinsip teknologi pendidikan dan proses P&P??

  • Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan berkesan
  • Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat iaitu:

1)Sebelum penggunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkan dengan topik yang diajar

2) Semasa penggunaan – merancang ulasan dengan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P

3) Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan dan pengukuhan

  • Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaian dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang muid dan keadaan fizikal bilik darjah.
  • Sumber P&P digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimumkan P&P

Definisi Teknologi Pendidikan….

Apakah definisi teknologi pendidikan??

Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

Terdapat banyak definisi teknologi pendidikan. Antaranya ialah:

  • Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah mencapai P&P yang berkesan (BTP, 1991)
  • Teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penenkanan kepada aplikasi alat yang terkini : komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003)
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran”.

images (1)

Seels & Reechy (1994):
 “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”.
“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan” .  (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

Teknologi pendidikan dalam istilah bahasa Inggris disebut dengan “instructional technology” atau “Education technology”. Pendidikan menggunakan teknologi yang diutamakan ialah media komunikasi. Alat-alat teknologi ini lazim disebut “hardware” antara lain berupa TV, radio, video, tape, komputer, dan lain-lain.
teknologi

woww..teknologi pendidikan???

PENGENALAN

Apakah teknologi pendidikan??

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.

Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran, di samping guru, buku teks dan papan hitam.

Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Teknologi pendidikan juga boleh dikatakan sebagai bidang yang berkaitandengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam perlaksanaan proses P&P di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

  • Mengenal pasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
  •  Membagun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan  sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara teratur dan baik akan menjadikan P&P lebih berkesan terhadap murid-murid. Guru juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai teknologi pendidikan supaya guru dapat menjalankan aktiviti di dalam kelas dengan berkesan.

Selamat mengahayati 🙂

 

Apakah itu sumber pendidikan??

Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk menyokong dan meningkatkan proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari.

This entry was posted on October 16, 2012. 1 Comment